Wednesday, 17 June 2015

Memories in matrics



Assalamualaikum..


Omg. Berapa tahun dah aku tak berblog ni? Aku cuma perlu masa untuk menghilangkan diri seketika. Menghilangkan diri tu tak bermakna berhenti ye. And now aku kembali. Kembali dengan life yang baru. Lebih kurang 10 bulan aku dekat matriks, and finally sekarang aku dah habis menjalani program yang mana aku rasa terkapai2 untuk meneruskannya dulu.

Apa yang penting, now I'm officially graduated. I'm survived yo! Konon2 graduated kat Uni tapi just matriks je pon haha. Walaupun matrics ni tak lama, tapi kat matriks la aku belajar banyak benda. Bukan setakat belajar akademik gitu, tapi semua benda. I mean, kat matriks la kita akan belajar lebih berdikari, lebih gigih, lebih rajin, pastu cari kawan satu kepala, buat benda gila2 and many more.

Kalau nak list, memang banyak. Tak mampu kite nak list. Sebab ada sesetengah perkara yang tak dapat diungkap dengan kata2. Kita kena lalui sendiri, baru kita tau. So pada adik2 lepasan SPM nanti, kalau dapat matriks tu, masuk je. Jangan dengar cakap orang yang matriks ni susah. No, no.

All I can say is, tak menyesal pon masuk matriks. Best gila life kat matrics okay. Nanti kat matriks, jangan hairan bila kau nampak orang yang kaki ponteng, orang yang tidur time kuliah, orang yang nakal2 tu boleh naik pentas dapat anugerah 4flat. Jangan hairan. Sebab aku dah laluinya. Cisss jealous  tau~


So, this is my very-crazy classmates family!


Paling aku nak cerita, pasal classmates. Atau boleh jugak nak panggil family kedua. Sebab apa? Dekat matriks orang yang aku paling aku rapat adalah classmate. Mereka lah yang ada di sisi time aku susah, perlu bantuan dan apa yang best mereka selalu bersedia tolong kita.

Time minggu suai kenal dulu, aku masih ingat. Kelas pertama yang kitorang masuk adalah kelas English. Masa tu la proses ice-breaking. Kenal2 antara satu sama lain. Entah la, since masa pertemuan pertama kitorang tu, aku ada buat lawak2 sikit, lepas tu speaking dengan over-confident nya, maka aku telah diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Tutoran. Ko hadeee?

Omg betul ke ni? Hahahaha sepanjang aku sekolah, tak pernah lagi pegang mana2 jawatan as ketua ke apa, tetiba kat matriks kita kena pilih. Sedikit jakun tu adalah. Tak pandai nak handle benda. Tapi alhamdulillah, so far okay je. Dekat matriks aku ada pegang beberapa jawatan. Ketua kelas/Ketua Mentee, ketua bilik (yang ni macam takda fungsi), lepas tu aku ada join jugak ahli di bawah Exco Akademik. And time tu aku berpeluang pergi KMPh which is matriks pahang, 10 orang je terpilih then rasa macam bertuah sangat masa tu. Apakahhhh hahaha

One word to describe, memang busy. Kalau tak pandai urus masa macam aku, memang ko rasa terumbang ambing je life masa kat matriks. Seriously, since matriks ni fast-track kan, so memang belajar laju gila. Jangan hairan kalau satu chapter tu, lecturer boleh habiskan dalam masa 2 jam or 3 jam, bersamaan satu minggu kuliah la. Satu minggu bunyi macam lama, sebab tu aku sebut jam hehe. Baru bunyi scary sikit.


Gambar tadi macam tak clear kan? Ha yang ni baru clear. Ni lah classmate aku. Sorang je takde, yang amik gambar. Kesian dia tak dapat masuk blog hahaha


Tadi aku ada cerita yang aku terpilih untuk ke matrik pahang kan? So ni je la gambar yang elok mata memandang. Masa ni dah nak balik. Kat KLIA dah. Yang sebelah aku tu budak matrik Sarawak. Thanks bas matrik Selangor sebab tumpangkan kami hehe



Masa kelas terakhir dengan Sir Nizam (pensyarah ekonomi).


Yang ni pulak masa kelas terakhir math. Huhu sir yang 'quite hot' iaitu Sir Muzafar (tengah sekali) kat matrics okay. Bila kelas math, kelas kitorang dibahagi dua iaitu A dan B. Aku kelas A. Bayangkan je la sikit macam mana. 13 bahagi 2. Satu kelas 6 orang, and yang satu lagi 7 orang. Kat atas tu ada dua lecturer sebenarnya ye, ekeke.. Satu lagi Madam Shirley yang ajar kelas lagi satu. Cari sendiri mana satu okay haha


Ni, last class dengan Sir Fariz Franky. Wow nama dia style doh. Sir ni ajar Pengajian Perniagaan. Subject killer antara student akaun. And seriously, memang membunuh.


Ni pulak last class dengan Ms. Masitah. Lecturer acc. Hmm, aku jugak jadi mangsa pegang monopod.


And... Pada yang masih tertanya2 aku dari matriks mana, aku dari matriks labuan. Sesi 2014/2015. Gambar ni time sem 1. Sempat jugak mencipta memori kat situ hahaha.


And sekarang tengah freedom. Rasa bosan pulak dok rumah je. Tak sabar nak sambung degree. Kalau ada rezeki sambung study lagi, insyaAllah update kat sini hehe.


Aku rasa thats all yang aku nak share. Actually banyak lagi pengalaman manis yang ada. Tapi seriously tak larat nak share semua. Banyak sangat. Yang penting, life kat matrics best! Tak rugi masuk :)



No comments: